Dua beregu negara berjaya lolos ke suku akhir Terbuka Perancis

Gambar kiri: Aaron Chia dan Soh Wooi Yik manakala gambar kanan gandingan Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi. - Foto BAM
Gambar kiri: Aaron Chia dan Soh Wooi Yik manakala gambar kanan gandingan Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi. - Foto BAM
A
A
A

BEREGU utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meloloskan diri ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka Perancis.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo itu memperaga aksi cemerlang untuk menundukkan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dengan kemenangan straight set 21-12, 21-12 dalam tempoh 27 minit.

Menanti Aaron-Wooi Yik di suku akhir ialah pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang merupakan pilihan kelima kejohanan.

Turut melangkah ke suku akhir beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang berjaya menang mudah ke atas gandingan England, Callum Hemming-Steven Stallwood 21-8, 21-8 dalam tempoh 21 minit.

Bagaimanapun Yew Sin-Ee Yi bakal berdepan tugas sukar apabila bakal bertemu gandingan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo untuk merebut slot ke separuh akhir.

Artikel Berkaitan: