X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

SPRM pantau perjalanan PRN Melaka

A
A

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menempatkan pegawai dan anggotanya di lapangan bagi memantau proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata, satu pasukan telah dibentuk bagi tujuan itu yang akan menumpukan pemantauan terhadap proses penamaan calon, kempen dan hari pengundian.

"Dalam tempoh pilihan raya ini ia tertumpu kepada pemantauan dari segi kawalan dan pencegahan rasuah yang melibatkan elemen-elemen rasuah atau guna kuasa ketika di lapangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pembudayaan Integriti-Hijaukan Bumi SPRM dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, di sini pada Khamis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November, penamaan calon pada 8 November manakala undi awal pada 16 November ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Oktober lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!