Ismail Sabri terima kunjungan hormat Prabowo

Ismail Sabri (kiri) menerima cenderahati iaitu sebilah keris daripada Prabowo ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Republik Indonesia itu pada Khamis. - Foto Bernama
Ismail Sabri (kiri) menerima cenderahati iaitu sebilah keris daripada Prabowo ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Republik Indonesia itu pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri dilihat meluangkan kira-kira 45 minit semasa menerima kunjungan itu.

Selesai kunjungan hormat, Prabowo berserta delegasi dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Wisma Pertahanan.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa selain kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Prabowo berserta delegasinya yang dalam lawatan kerja sehari itu juga akan mengadakan perbincangan dua hala dengan sejawatannya, Hishammuddin dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - Bernama

Artikel Berkaitan: