Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye

Anwar pada Ahad menerima kunjungan hormat daripada Hakan Fidan yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam. - Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar pada Ahad menerima kunjungan hormat daripada Hakan Fidan yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam. - Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Dalam pertemuan yang diadakan di Pulau Pinang itu, Anwar dan Fidan membincangkan soal kerjasama dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

"Kami juga dapat bertukar pandangan berkaitan pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama termasuk melibatkan umat Islam.

"Semoga hubungan Malaysia dan Turkiye akan terus berkembang sekali gus dapat memberi manfaat kepada rakyat,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Turut hadir pada pertemuan itu Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia, sejak dilantik sebagai Menteri Luar negara itu pada 3 Jun lepas.

Turkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan destinasi import keenam terbesar dari rantau Asia Barat.

Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan Turkiye meningkat 12.6 peratus kepada RM20.25 bilion (AS$4.62 bilion) daripada RM17 bilion (AS$4.10 bilion) pada 2021. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!