MBSA terima anugerah ESC, sijil pengiktirafan AWGESC

MBSA menerima (ESC) dan sijil pengiktirafan daripada AWGESC menerusi program yang berlangsung secara dalam talian pada 21 Oktober lalu.
MBSA menerima (ESC) dan sijil pengiktirafan daripada AWGESC menerusi program yang berlangsung secara dalam talian pada 21 Oktober lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima anugerah bandar mampan alam sekitar (ESC) dan sijil pengiktirafan daripada Asean Working Group for Environmentally Sustainable Cities (AWGESC) Indonesia.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pengiktirafan itu diterima menerusi program yang berlangsung secara dalam talian pada 21 Oktober lalu.

Beliau berkata, proses pencalonan bandar-bandar di Malaysia telah mencalonkan MBSA bagi anugerah ESC dan penghargaan sijil pengiktirafan di bawah kategori udara, air dan tanah bersih.

"Proses pencalonan ini telah dibuat dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Kriteria dasar yang digunakan untuk pemilihan calon-calon bandar di Malaysia adalah melibatkan indikator-indikator yang digunakan di dalam Sistem Penggredan (Star Rating), Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) dan Malaysian Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNInets 2.0) di bawah KPKT dan PLANMalaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Shahrin berkata, ASEAN telah memulakan program pengiktirafan itu sejak tahun 2008 bagi memacu, menanda aras dan mengiktiraf usaha berkaitan kelestarian alam sekitar.

"Program ini bertujuan untuk menjadikan bandar-bandar ASEAN sebagai bandar yang lestari dengan mengiktiraf usaha-usaha yang boleh dicontohi.

"Melalui program ini juga bandar yang terpilih dapat berkongsi amalan tempatan terbaik dalam memastikan bandar bersih, hijau dan berdaya huni," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: