X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Air Selangor kaji guna sistem ozon rawat air mentah

Air Selangor melakukan kajian menggunakan sistem ozon bagi merawat bahan-bahan pencemar yang telah dikenal pasti di Sungai Klang dan juga kolam-kolam air Rasau.
A
A

SHAH ALAM - Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melakukan kajian menggunakan sistem ozon bagi merawat bahan-bahan pencemar yang telah dikenal pasti di Sungai Klang dan juga kolam-kolam air Rasau.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, teknologi ozon dilakukan berikutan ramai pengguna tidak yakin dengan air mentah dari Sungai Klang untuk dirawat di Skim Bekalan Air Rasau.

Jelas kenyataan itu, objektif utama kajian itu adalah untuk mengenal pasti kemampuan teknologi ozon merawat bahan-bahan organik serta logam yang terdapat di dalam sumber air mentah.

"Kajian ini telah dilakukan dengan kerjasama Veolia Water Technologies, sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam solusi teknologi rawatan air dan rawatan sisa kumbahan," kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, hasil penggunaan teknologi sistem ozon semasa kajian menunjukkan pengurangan ketara bahan pencemar seperti logam, serta bahan organik yang terdapat di dalam Sungai Klang dan kolam-kolam Rasau.

"Ini selaras dengan inisiatif kami untuk sentiasa membekalkan air bersih dan terawat kepada pengguna kami," jelas kenyataan itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!