X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Tandas awam bagai di kayangan

Ahmad bergambar di depan pintu masuk tandas awam yang dibinanya.
A
A

KOTA BHARU - Bagaikan di kayangan, orang ramai yang menggunakan tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor di sini akan terpegun dengan hiasan dan kemudahan yang disediakan di dalam tandas berkenaan yang nyata lain daripada biasa.

Hiasan cantik dengan tema keemasan itu membuatkan sesiapa sahaja yang menggunakan kemudahan awam secara percuma tersebut tidak kekok untuk berada lama di dalam tandas berkenaan tambahan pula ia dilengkapi penghawa dingin, televisyen, pemanas air, meja solek dan dihias bagaikan sebuah bilik.

Pelik, namun itulah kelainan yang dilakukan Datuk Dr Ahmad Omar, 84, yang membina tandas awam berkenaan di sebelah stesen minyak miliknya di Melor di sini untuk kegunaan orang ramai.

Dianggap janggal kerana membina sebuah tandas yang berkonsepkan moden dan bagai kayangan, namun Ahmad tidak menjadikan kecaman itu sebagai pematah semangat untuk beliau terus membuat kebajikan kepada orang ramai.

Orang ramai juga boleh menggunakan pemanas air untuk mandi di tandas berkenaan.
Orang ramai juga boleh menggunakan pemanas air untuk mandi di tandas berkenaan.

"Sebelum ini, kita dididik dengan pemikiran tandas awam adalah tempat yang kotor dan tidak terjaga. Jadi kelainan ini saya buat untuk memberi kebajikan kepada orang ramai dan pemikiran negatif tersebut kita boleh hakis dari masa ke masa.

"Apa yang saya buat ini hanya untuk keselesaan pengguna. Walaupun pelik, tapi kelainan dia akan memberi kepuasan hati kepada pengguna," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Ahmad berkata, beliau berhabis lebih RM10,000 untuk membina tandas berkenaan.

"Sebanyak 35 jenis barangan saya masukkan ke dalam tandas ini dan salah satunya televisyen serta pemanas air untuk membancuh kopi," katanya.

(Gambar kiri) Ruang bancuhan kopi juga turut disediakan di dalam tandas berkenaan.(Gambar Kanan) Meja solek dan televisyen diantara yang menjadi tarikan di dalam tandas berkenaan.
(Gambar kiri) Ruang bancuhan kopi juga turut disediakan di dalam tandas berkenaan.(Gambar Kanan) Meja solek dan televisyen diantara yang menjadi tarikan di dalam tandas berkenaan.

Mengulas lanjut, katanya, beliau juga meletak harapan tinggi supaya selepas ini masyarakat akan mengubah persepsi bahawa tandas adalah tempat yang kotor sedangkan ia perlu dijaga setiap masa sebagaimana kita menjaga kebersihan diri.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!