Berdepan hukuman gantung kali ketiga

Dadah yang ditemui disimpan rapi dalam pembalut makanan. Gambar kecil, Raub.
Dadah yang ditemui disimpan rapi dalam pembalut makanan. Gambar kecil, Raub.
A
A
A

SEGAMAT - Tak serik. Itu gambaran buat seorang lelaki yang bakal berdepan hukuman gantung kali ketiga apabila sekali lagi disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, suspek berusia 46 tahun itu sebelum ini pernah disiasat sebanyak dua kali di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun, dalam tangkapan terbaharu, suspek sekali lagi disiasat di bawah seksyen sama selepas bahan terlarang itu berjaya ditemui di kediamannya.

“Pada Rabu lalu jam 8.10 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Segamat telah menyerbu sebuah kediaman di Felda Chemplak Barat, Labis di sini.

“Hasil pemeriksaan terbabit, polis menemui dadah disyaki heroin dengan berat kasar 400 gram. Ketika serbuan, suspek yang masih bujang dan tidak mempunyai pekerjaan lain turut berada di kediaman dan ditahan polis,” katanya kepada pemberita.

Bungkusan dadah disyaki heroin yang disimpan dalam pembalut coklat sebagai taktik mengaburi mata pihak berkuasa.
Bungkusan dadah disyaki heroin yang disimpan dalam pembalut coklat sebagai taktik mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurut beliau, siasatan lanjut kemudian mendapati suspek juga mempunyai rekod lampau iaitu lima kes dadah di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.

Selain itu, suspek juga pernah terlibat dengan kesalahan bagi Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan dan satu lagi kes membabitkan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Artikel Berkaitan:

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphine. Polis turut merampas kesemua dadah yang bernilai RM24,000.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Rabu ini,” katanya.