Misteri serangan siber di Iran

Para pengguna terpaksa menunggu giliran untuk mengisi petrol ekoran sistem komputer pengedaran bahan bakar itu mengalami masalah pada Selasa. - Foto AFP
Para pengguna terpaksa menunggu giliran untuk mengisi petrol ekoran sistem komputer pengedaran bahan bakar itu mengalami masalah pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

TEHRAN - Pihak berkuasa Iran pada Selasa menyatakan bahawa satu serangan siber misteri berlaku sehingga menyebabkan gangguan berlaku pada rangkaian pengedaran minyak di stesen-stesen petrol di seluruh negara.

Negara itu merupakan antara pengeluar minyak utama di dunia manakala para pengguna yang menggunakan petrol murah berasa terkejut selepas mereka melihat barisan panjang kenderaan di stesen-stesen mengisi bahan bakar itu.

Para pengguna kenderaan itu turut melihat satu demi satu stesen-stesen petrol yang ditutup akibat masalah tersebut.

"Majlis Agung Keselamatan Kebangsaan mengesahkan bahawa terdapat satu serangan siber terhadap sistem komputer pengedaran minyak," lapor sebuah stesen televisyen milik kerajaan.

Sebelum itu, ia melaporkan bahawa masalah tersebut disebabkan oleh sistem komputer mengalami gangguan.

"Butiran terperinci serangan itu dan sumber serangan tersebut masih disiasat," lapor stesen televisyen tersebut tanpa memberikan maklumat lanjut.

Gangguan itu telah menyekat sistem teknologi maklumat yang membenarkan penduduk Iran mengisi minyak dengan percuma atau pada harga subsidi dengan menggunakan kad digital keluaran pihak berkuasa.

Dalam pada itu, di media sosial, ramai pengguna yang mengadu mereka terpaksa meninggalkan kereta masing-masing kerana tidak dapat mengisi petrol. - Agensi

Artikel Berkaitan: