Amirul sudah sedar dari koma

Muhammad Amirul Hakimi
Muhammad Amirul Hakimi
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kanak-kanak yang dirempuh kereta api ketika sedang menolak basikalnya di Tok Uban, Selasa lalu sudah sedarkan diri selepas koma beberapa hari.

Ibunya, Nurul Ain Alias, 28, berkata, Muhammad Amirul Hakimi Muhd Yuslizam, 9, mulai bertindak balas ketika dia berkomunikasi dengan anak sulungnya itu.

"Alhamdulillah berkat doa semua Amirul telah kembali sedar dari koma pagi ini.

"Saya berterima kasih kepada semua yang telah menitipkan doa kepadanya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, Muhammad Amirul Hakimi masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Dalam kejadian itu, Muhammad Amirul Hakimi dalam perjalanan pulang dari sekolah SK Tok Uban ke rumahnya di Kampung Rasal selepas mengikuti kelas Fardu Ain dirempuh kereta api dari arah Tanah Merah menghala Tumpat.

Artikel Berkaitan: