X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Giliran pekerja agensi pelancongan dibantu

Simbolik penyerahan replika cek oleh Ahmad Marzuk (kiri) kepada Sheikh Awadh pada Selasa.
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM2.5 juta untuk disalurkan kepada pekerja agensi pelancongan yang terjejas ketika pandemik Covid-19.

MAIWP menerusi kenyataan di Facebook miliknya berkata, bantuan itu adalah inisiatif baharu di bawah Program Kasih Asnaf 3.0.

"Ini merupakan salah satu inisiatif daripada MAIWP sebagai agensi yang memainkan peranan penting bagi menzahirkan semangat kebersamaan di antara semua agensi kerajaan termasuk badan kebajikan yang menjaga kebajikan ahli yang terjejas pendapatan," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Simbolik penyerahan replika cek bantuan one-off kepada pekerja agensi pelancongan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),

Datuk Ahmad Marzuk Shaary kepada Pengerusi Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Kuala Lumpur, Sheikh Awadh Sheikh Abdullah sambil disaksikan Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, sehingga kini MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM112.57 juta menerusi Program MAIWP Prihatin-Kasih Asnaf 3.0.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!