X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

'Segera rombak SPRM, elak terus jadi bahan jenaka masyarakat'

A
A

KUALA LUMPUR - Rombakan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dilakukan segera bagi memulihkan imej dan keyakinan orang ramai terhadap badan itu.

Penulis dan penganalisis politik, Anas Zubedy berkata, sudah sampai masanya agar cakap-cakap mengenai perubahan dan transformasi dihentikan, dan digantikan dengan tindakan.

"Antara yang boleh kita lakukan untuk tambah baik SPRM ialah mewujudkan laporan SPRM yang terus ke Parlimen.

Itu sebebasnya yang kita boleh buat sekali gus mengukuhkan SPRM sebab mereka boleh buat kerja tanpa pengaruh mana-mana pihak.

"Memandangkan banyak isu yang terjadi dalam tempoh sebulan dua ini, jadi mungkin SPRM boleh adakan ujian psikometrik terhadap para pegawai.

"Langkah ini nampak kecil tetapi ia penting untuk pulihkan imej SPRM.

Benar yang terbabit hanya segelintir tetapi SPRM kena berani, tunjukkan kepada semua yang mereka tidak takut dan menjalankan tugas.

"Ini perlu dilakukan segera kerana sekarang ini, cakap pasal SPRM saja, ia sudah jadi bahan jenaka dan sindiran orang.

Ini tidak bagus," katanya ketika muncul dalam Buletin Awani, pada Ahad

Tambahnya, meletakkan SPRM di bawah Parlimen merupakan cara terbaik bagi menjamin kebebasan SPRM sebagai sebuah badan tidak berkepentingan.

"Apabila letak di bawah Parlimen, dengan cara ini ia takkan dikacau mana-mana pihak.

Tetapi ia mesti wujud dari segi undang-undang atau digubal di Parlimen.

"Hanya dengan cara itu sahaja untuk kukuhkan SPRM, iaitu memastikan ia tidak dipengaruhi mana-mana pihak," ujarnya.

Semalam, Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) mendesak supaya siasatan bebas dijalankan berhubung kes kehilangan wang berjumlah RM25 juta baru-baru ini, selain menggesa rombakan secara menyeluruh bagi memulihkan kredibilitinya. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!