KEMAS pacu semangat aspirasi Keluarga Malaysia

Abdul Rahman (tengah) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pahang Tahun 2020 Dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2021 di Kuantan pada Sabtu.
Abdul Rahman (tengah) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pahang Tahun 2020 Dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2021 di Kuantan pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berusaha menjadi pemacu dan pendorong bagi memupuk semangat Aspirasi Keluarga Malaysia.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebagai salah satu agensi di bawah KPLB yang mempunyai rangkaian yang besar di seluruh negara, KEMAS mampu memupuk dan melonjakkan aspirasi Keluarga Malaysia pada semua lapisan masyarakat.

“Justeru, saya menyeru seluruh warga KEMAS memastikan program dan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan ini dapat diketahui, diterima dan dimanfaatkan oleh rakyat.

"Ia selaras dengan slogan kerajaan prihatin menjaga kebajikan penjawat awam, rakyat dan mengamalkan budaya Keluarga Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pahang Tahun 2020 Dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2021 di sini, pada Sabtu.

Pada masa sama, Abdul Rahman turut mengingatkan kepada penjawat awam supaya terus komited dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas harian mereka.

“Dalam pada kita melaksanakan tugas-tugas harian kita, jangan kita lupa bahawa penjawat awam itu adalah benteng dan barisan utama pertahanan negara iaitu melalui penyampaian dasar-dasar kerajaan dan informasi yang sahih kepada masyarakat," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: