Kejayaan bermakna, 31 tahun Pas perintah Kelantan: Abdul Hadi

Abdul Hadi semasa menyampaikan ucapan berkenaan melalui laman sosial Facebook miliknya pada Sabtu.
Abdul Hadi semasa menyampaikan ucapan berkenaan melalui laman sosial Facebook miliknya pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kejayaan Pas memerintah Kelantan selama 31 tahun hingga kini merupakan sesuatu yang bermakna bagi seluruh ahli parti itu.

Abdul Hadi berkata, bukan mudah untuk Pas terus kekal mentadbir negeri Kelantan dengan adanya pelbagai cabaran.

"Pada masa sama, kita mesti bermuhasabah terhadap perjalanan semasa kerajaan serta menambah baik pentadbiran kerajaan dari masa ke semasa.

"Kita juga mesti menerima kritikan dan teguran daripada pihak lain atas kelemahan yang berlaku," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena 31 Tahun pentadbiran Pas Kelantan-Membangun Bersama Islam di Facebook miliknya, pada Sabtu.

Abdul Hadi turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Kelantan yang terus mendukung kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pas.

Beliau berkata, dengan segala penambahbaikan, kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan.

"Mudah-mudahan kepimpinan Pas Kelantan dan kerajaan negeri diberikan kekuatan dalam melangsungkan perjuangan Islam di bumi serambi Mekah ini serta dipermudahkan urusan bagi menjaga kebajikan rakyat," kata Abdul Hadi.

Artikel Berkaitan: