Polis siasat pengarah agensi penguat kuasa didakwa dera, kurung amah

Arjunaidi Mohamed.
Arjunaidi Mohamed.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan susulan laporan daripada seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera majikannya yang juga pengarah sebuah agensi penguat kuasa, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan pihaknya ada menerima laporan membabitkan insiden itu.

"Ya, siasatan sedang giat dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Difahamkan wanita itu mendakwa dipukul kepala, sebelum dikurung di dalam sebuah bilik.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dapat melarikan diri dan terus menuju ke Kedutaan Indonesia di negara ini dan membuat laporan polis terhadap pegawai agensi penguat kuasa itu.

Artikel Berkaitan: