Permintaan pembantu rumah menurun

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Permintaan terhadap pembantu rumah dilihat semakin menurun sejak awal tahun ini.

Memetik laporan TheStar, Naib Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa), Suresh Tan berkata, sebelum ini permintaan terhadap perkhidmatan pekerja asing dilihat melonjak apabila pasaran dibuka semula, namun keadaan menjadi perlahan selepas itu.

Bagaimanapun, ujar Suresh, semakin ramai warga Filipina memasuki negara ini untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Dalam masa sama, Suresh berkata, majikan tidak seharusnya terlalu tegas dengan pekerja mereka sebaliknya mengamalkan pendekatan memberi dan menerima.

“Profesionalisme diperlukan di kedua-dua pihak. Adalah penting untuk melayan pekerja seperti yang anda lakukan kepada orang lain di tempat kerja.

"Ini membina rasa hormat antara satu sama lain, mewujudkan persekitaran yang lebih baik di rumah," katanya pada Selasa.

Dalam pada itu, pengarah perunding di sebuah agensi pekerjaan, Julian Tan berkata, kekurangan terhadap permintaan sekarang juga mungkin kerana ramai keluarga sudah terbiasa melakukan kerja tanpa pembantu rumah.

Selain itu katanya, alasan lain mungkin berlaku kekurangan pekerja domestik Indonesia untuk datang ke negara ini akibat masalah dalam proses permohonan sehingga mengakibatkan kelewatan kelulusan.

"Ini mungkin menyebabkan pembantu rumah berubah fikiran semasa proses menunggu," kata Julian Tan.