12 PBT diperuntuk RM2.8 juta laksana GeRAK

Tuan Mohd Saripudin
Tuan Mohd Saripudin
A
A
A

PASIR PUTEH - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM2.8 juta kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini bagi melaksanakan Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK).

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi,Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, sebagai permulaan kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan RM5,000 kepada setiap PBT yang membuat permohonan untuk menyertainya.

Beliau berkata, program GeRAK antara lain bertujuan mengurangkan pelepasan karbon menerusi projek kitar semula, penternakan black soldier fly (BSF) dan penggunaan lampu solar LED.

“Bagi memastikan program berkenaan seterusnya memenuhi objektifnya Green Tech Malaysia akan bekerjasama dengan PBT untuk mewujudkan zon rendah karbon di setiap ibu negeri dan kawasan bandar utama di seluruh negara termasuk di Kelantan,” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: