Sila log masuk terlebih dahulu.

Sindiket dadah tumpas, suami isteri ditahan

Sazalee menunjukkan dadah yang dirampas dalam beberapa serbuan dilakukan semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada Khamis.
Sazalee menunjukkan dadah yang dirampas dalam beberapa serbuan dilakukan semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada Khamis.
A
A
A

KULIM - Sepasang suami isteri diberkas bersama dadah jenis heroin seberat 207 gram dan syabu seberat 7 gram sekali gus polis menumpaskan kegiatan itu, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam berkata, pasangan berusia 31 tahun itu ditahan di Kampung Bukit Rawa Sedim Karangan pada jam 6.30 petang dipercayai terlibat dalam sindiket mengedar dadah.

"Suspek lelaki yang bekerja sebagai mekanik mempunyai lima rekod kesalahan lampau selain positif dadah jenis morfin bagaimanapun isterinya, negatif dadah.

"Kami percaya rumah pasangan ini dijadikan tempat memproses dadah berdasarkan penemuan alat penimbang yang turut dirampas," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada Khamis.

Sementara itu Sazalee berkata, polis juga menahan seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Ulu Dingin, Mahang dan merampas 270 gram dadah jenis heroin serta 15 gram dadah jenis syabu pada jam 11 pagi, Rabu.

Sazalee (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam beberapa serbuan dilakukan semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada Khamis.
Sazalee (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam beberapa serbuan dilakukan semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada Khamis.

Serbuan seterusnya pada jam 11.30 pagi di lokasi sama turut menahan seorang lelaki bersama 19.5 gram dadah jenis heroin serta 2.5 gram dadah jenis syabu.

"Kami percaya mereka mempunyai kaitan dengan kegiatan pengedaran dadah di daerah ini. Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM24,000 manakala nilai harta yang disita ialah RM5,340 iaitu dua buah motosikal dan wang tunai RM340," katanya.

Dalam perkembangan sama, Sazalee berkata, Op Tapis Khas yang bermula pada 17 Oktober lalu berjaya menahan seramai 53 individu berusia antara 19 dan 50 tahun membabitkan pelbagai kesalahan dadah.