Desas-desus hamil, Neelofa mohon doa yang baik-baik

Neelofa dan suami, PU Haris.
Neelofa dan suami, PU Haris.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] "Kalau yang nampak saya berbeza itu berbezalah, kalau yang nampak sama itu samalah," demikian antara maklum balas personaliti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor ketika ditanya tentang desas desus bahawa dirinya sedang hamil.

Neelofa juga tidak mengiyakan mahupun menafikan, sebaliknya meminta agar orang ramai mendoakannya.

"Saya sangat perlukan doa-doa. Nak cakap lebih-lebih pun takut. Saya perlukan doa-doa yang baik daripada semua orang, kata-kata yang positif.

"Kerana perkara ini sangat sensitif untuk sesetengah orang mungkin biasa, kita digalakkan untuk berkongsi kelahiran berbanding kehamilan kerana apa-apa saja boleh berlaku sepanjang proses dan fasa itu.

"Sebab itu saya lebih suka bercakap, kalau ada orang nampak, orang tanya ke, saya minta doakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani MoU antara TH Travel & Services Sdn Bhd dan TheNoor Apps di sini pada Rabu.

Pada masa sama, ditanya adakah akan ada pengumuman rasmi mengenai perkara itu, ahli perniagaan berusia 32 tahun itu bagaimanapun berkata, beliau tidak merancang untuk berbuat demikian.

Isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, itu juga hanya tersenyum ketika diasak soalan wartawan mengenai usia kehamilannya.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali (kiri) dan Neelofa (kanan) menandatangani MoU mewakili TH Travel & Services Sdn Bhd dan TheNoor Apps di Hotel TH pada Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali (kiri) dan Neelofa (kanan) menandatangani MoU mewakili TH Travel & Services Sdn Bhd dan TheNoor Apps di Hotel TH pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi TheNoor Apps, Mohd Izzairi Yamin berkata, MoU yang termetrai pada Rabu bakal menyaksikan penambahan fungsi dalam aplikasi TheNoor bagi memudahkan urusan harian dan memenuhi gaya hidup muslim tanpa mengira lokasi.

Katanya, tempahan pakej pelancongan dan umrah bersama TH Travel & Services Sdn Bhd juga boleh dibuat melalui aplikasi tersebut.

"Penambahan fungsi tersebut dijangka bermula pada Disember atau Januari depan," katanya.