Dimasukkan ke hospital, Neelofa mohon doa yang baik

Neelofa memaklumkan masih berada dalam keadaan baik dan belum lagi melahirkan anak keduanya.
Neelofa memaklumkan masih berada dalam keadaan baik dan belum lagi melahirkan anak keduanya.
A
A
A

SELEBRITI popular, Neelofa memaklumkan masih berada dalam keadaan baik dan belum lagi melahirkan anak keduanya.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, kemasukannya ke hospital adalah bertujuan pemerhatian kesihatannya.

"Alhamdulillah, keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.

"Ramai sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan. Namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemeriksaan kesihatan saya," ujarnya menerusi Insta Story miliknya.

Tambah wanita berusia 34 tahun itu, sama seperti ketika melahirkan anak sulungnya, Muhammad Bilal, dia akan berkongsikan segalanya bila sampai waktunya nanti.

Neelofa bersama PU Riz dan anak mereka, Bilal.
Neelofa bersama PU Riz dan anak mereka, Bilal.

"Mohon semua doakan yang baik-baik," kongsinya.

Sebelum ini, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail mendedahkan Neelofa sedang menanti masa di hospital untuk melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Perkongsian tersebut dinyatakan menerusi perbualan dalam sebuah program televisyen bersama teman gandingannya, Fakhrul Radhi, pada Jumaat.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.