X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Penularan kes sporadik masih tinggi

Purata kes sporadik dalam tempoh tujuh hari adalah 6,531 berbanding kes kluster hanya merekodkan 367 bagi tempoh sama. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Penularan kes sporadik di negara ini masih tinggi berbanding jangkitan daripada kluster Covid-19.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW yang dikemas kini 11.59 malam Selasa, purata kes sporadik dalam tempoh tujuh hari adalah 6,531 kes.

Penularan kes akibat kluster pula hanya merekodkan 367 kes bagi tempoh sama.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan kes sporadik tertinggi pada 28 Ogos lalu dengan 18,993 kes.

Bagaimanapun, jangkitan akibat kluster Covid-19 tertinggi dilaporkan adalah pada 28 November 2020 dengan 1,013 kes.

Kes sporadik merupakan kes positif Covid-19 dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Pada Jun lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan trend kes sporadik kekal tinggi pada minggu epidemiologi (ME) ke-22.

Sementara itu, pada perkembangan sama, terdapat 85,916 kes aktif di seluruh negara dan sebahagian besar daripadanya iaitu 66,065 pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 12,592 individu menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 6,583 pesakit ditempatkan di hospital.

Sebanyak 346 kes Covid-19 berada di unit rawatan rapi (ICU) manakala 330 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 69 kes kematian direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhannya 28,062.

Daripada jumlah itu, terdapat 11 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!