X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Misi Speedy Tigers tercapai

Skuad Speedy Tigers mengakhiri Siri Jelajah UK 2021 dengan meraih keputusan seri 2-2 menentang Perancis pada Isnin.
A
A

SKUAD lelaki senior kebangsaan dianggap berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) selepas mengakhiri Siri Jelajah United Kingdom (UK) 2021 pada Isnin.

Dalam enam perlawanan persahabatan, The Speedy Tigers itu meraih satu kemenangan, empat seri dan satu tewas manakala dalam empat lagi aksi ujian, berakhir dengan tiga kemenangan dan satu kekalahan.

Lebih membanggakan, prestasi yang dicapai skuad kendalian Arul Selvaraj itu menyaksikan mereka memperbaiki kedudukan daripada tangga ke-11 kini menghuni ranking ke-10 dunia.

“Jelajah UK ini berlangsung dengan baik kerana kami berjaya mencapai matlamat iaitu berada di kedudukan 10 pasukan teratas dunia. Secara keseluruhan, kami bermain enam perlawanan bertemu pasukan kebangsaan.

“Bertemu dengan pasukan kebangsaan dalam perlawanan ujian, kami menang tiga perlawanan dan tewas satu selain dua perlawanan persahabatan menentang Perancis kami seri kedua-dua perlawanan.

“Saya dapat melihat peningkatan yang ditunjukkan setiap pemain dari segi rasa tanggungjawab dan kesedaran tentang cara menjaga diri termasuk cara makan dan gaya hidup sebagai atlet.

“Hari ini (Isnin) adalah hari ke-29 kami berada di luar negara dan tiada pemain yang mempamerkan rasa rindu. Ini satu petanda yang baik kerana ia menggambarkan pemain gembira bermain bersama dan tinggal bersama,” kata Arul.

Sebelum itu, Speedy Tigers berdepan Perancis dalam aksi terakhir Siri Jelajah UK 2021 yang menyaksikan pasukan lawan diikat dengan keputusan seri 2-2 hasil jaringan Shello Silverius dan Faizal Saari.

“Pesanan akhir saya, teruskan beri sokongan kepada kami dan kami akan terus bekerja keras. Ini adalah penanda aras untuk kami bagi menaikkan lagi mutu permainan dan kualiti permainan kami,” jelas Arul.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!