'Saya, Pas tak bayar Clare'

Abdul Hadi ketika sidang media selepas menyampaikan kuliah bulanan di Wisma Darul Iman, hari ini.
Abdul Hadi ketika sidang media selepas menyampaikan kuliah bulanan di Wisma Darul Iman, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – ‘Saya tak bayar, Pas tak bayar. Dakwaan itu tak betul’, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan parti itu membayar RM1.4 juta kepada Clare-Rewcastle Brown.

Abdul Hadi berkata, dakwaan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu membayar sejumlah wang bagi penyelesaian luar mahkamah berhubung kes saman fitnah yang difailkan sebelum ini, menyimpang daripada fakta sebenar.

Selain menyangkal dakwaan itu, Abdul Hadi turut menafikan gambar beliau yang ditularkan menerusi media sosial mengaitkan ia dengan bayaran sejumlah wang kepada Pengarang Sarawak Report itu.

“Pertemuan itu melibatkan bekas Menteri Luar Thailand, Surin Pitsuwan dua tahun lalu untuk berbincang mengenai isu penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar dan tiada kaitan dengan bayaran RM1.4juta,” katanya.

Ditanya sama ada akan membawa perkara itu ke muka pengadilan, katanya, setakat ini tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Apa yang kita lakukan ialah menjelaskan kepada masyarakat apa yang sebenar. Kita tak mahu habiskan masa di mahkamah untuk saman menyaman kerana ia hanya menghabiskan, habis duit.

“Kita akan mengadu kepada ALLAH SWT, buat sembahyang hajat secara besar-besaran seluruh negara malam ini. Mereka yang percaya Tuhan takkan buat perkara fitnah. Kita serah pada ALLAH SWT,” katanya.

Artikel Berkaitan: