Johor sokong usaha kembali cadangan jambatan bengkok

No Image Caption
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri secara dasarnya menyokong dan berusaha mewujudkan kembali cadangan projek jambatan bengkok.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, namun begitu, pada ketika ini kerajaan negeri sedang menjalankan kajian awal bagi menjayakan cadangan laluan ketiga untuk menghubungkan Pengerang dengan Pulau Ubin, Singapura.

"Projek pembinaan jambatan bengkok ini masih lagi dalam peringkat perancangan awal dan beberapa faktor perlu diambilkira.

[ARTIKEL BERKAITAN: Johor fokus projek lapangan terbang, jambatan bengkok]

"Ini bagi memastikan projek ini dapat memberi manfaat kepada rakyat negeri ini serta mengurangkan implikasi kos yang besar kepada kerajaan negeri," katanya.

Mazlan (PH-Puteriwangsa) berkata demikian ketika menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) tentang jambatan bengkok di persidangan Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, projek jambatan ini merupakan ilham daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri keempat.

"Mengikut perancangan asal, jambatan sepanjang 1.4 kilometer (km) yang juga dikenali sebagai Jambatan Indah sepatutnya menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 km yang sudah digunakan sejak 1923.

Artikel Berkaitan:

"Cadangan ini juga menangani isu kesesakan di Tambak Johor dan laluan kedua di Tanjung Kupang yang kerap berlaku pada ketika ini.

"Idea ini adalah untuk mewujudkan laluan alternatif untuk mengalihkan trafik kedua-dua belah bahagian negara," katanya.