X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Arak jenama Timah kelirukan pengguna

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) tidak bersetuju dengan pengeluaran dan penggunaan arak jenama Timah yang dikhuatiri mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pengeluaran arak jenama itu bukan hanya menimbulkan prasangka buruk malah tidak sesuai dengan status Malaysia sebagai negara Islam.

Mohamad Yusrizal memberitahu, penggunaan nama seakan-akan bahasa Melayu ke atas produk tidak halal tidak seharusnya berlaku.

"Lebih baik, arak jenama Timah ditukarkan kepada nama baharu yang sesuai untuk minuman beralkohol supaya tidak mengelirukan pengguna.

"Kita bimbang ada pengguna terkeliru disebabkan jenama produk lalu membeli dan meminumnya," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berpendapat minuman beralkohol dan tidak halal tidak boleh menggunakan jenama Timah atau nama dalam bahasa Melayu.

Menurut Mohamad Yusrizal, persatuan itu meminta pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya dan mempertimbangkan penukaran jenama lain.

"Sekiranya, isu masih berlanjutan persatuan pengguna dalam negara termasuk Cake sepakat membuat petisyen membantah perkara tersebut,"katanya.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam.

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata, produk minuman beralkohol itu dipercayai dikeluarkan oleh syarikat tempatan dan perlu diharamkan kerana bukan sahaja menghina agama Islam tetapi boleh mengancam berbahaya kerana kandungan alkohol yang sangat tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Arak jenama Timah hina agama Islam: CAP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!