Lagi penerbangan pindah penduduk dari Kabul

Sekitar 114,000 orang telah meninggalkan Afghanistan melalui penerbangan pemindahan, dengan lebih 58,000 daripadanya melalui Qatar.
Sekitar 114,000 orang telah meninggalkan Afghanistan melalui penerbangan pemindahan, dengan lebih 58,000 daripadanya melalui Qatar.
A
A
A

MOSCOW - Penerbangan pemindahan kesembilan dari Afghanistan pada Ahad membawa lebih 350 orang keluar dari Kabul, lapor Sputnik memetik seorang pegawai kanan kerajaan Qatar.

Pesawat menuju ke Doha itu, antara penerbangan yang membawa penumpang paling ramai, termasuk tenaga pengajar dan penuntut dari Universiti Amerika Afghanistan.

Menurut pegawai itu, angka sebenar penumpang warga Amerika masih belum jelas. Selain itu, pesawat berkenaan turut membawa warga Afghanistan, Belanda, Denmark dan Australia.

Mereka yang dipindahkan itu akan tinggal sementara di Doha, Qatar sebelum berlepas ke destinasi masing-masing.

Awal bulan ini Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan hasrat AS untuk meneruskan penerbangan pemindahan dari Afghanistan menjelang akhir tahun ini. Jabatan Negara AS akan mengatur penerbangan ke Qatar.

Selepas Taliban mengambil alih Kabul pada 15 Ogos, ratusan orang bergegas ke lapangan terbang, sehingga mengakibatkan huru-hara selama beberapa hari.

Ketika warga asing dan rakyat Afghanistan yang membantu tentera asing untuk meninggalkan negara itu, lapangan terbang berkenaan digegarkan oleh serangan pengganas yang dilakukan sekutu tempatan kumpulan pengganas ISIS atau Daesh.

Sejak pertengahan Ogos, Qatar telah membantu mempermudah proses pemindahan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Kementerian Luar Qatar, sekitar 114,000 orang telah meninggalkan Afghanistan melalui penerbangan pemindahan, dengan lebih 58,000 daripadanya melalui Qatar. - Bernama