X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

FIFA rancang kembangkan portfolio e-sukan

FIFA bakal kembangkan potensi e-sukan. - Foto Inside The Game
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Dunia FIFA pada Jumaat merancang untuk mengembangkan lagi portfolio e-sukan dalam usaha memastikan hak cipta sukan berkenaan tidak dimonopli oleh sesetengah pihak.

Menurut satu kenyataan daripada badan induk bola sepak dunia itu, perancangan itu dibuat setelah menerima laporan daripada New York Times awal minggu ini berhubung pengeluar pengeluar barangan e-sukan (EA), sedang bergelut bagi memperbaharui kontrak menggunakan nama FIFA.

“Pemegang taruh dalam sukan bola sepak perlu melibatkan diri dalam usaha mengawal perkembangan dan masa depan e-sukan.

“Seterusnya ia akan dapat menghalang penggunaan hak cipta e-sukan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Oleh itu, syarikat-syarikat berasaskan teknologi dan termasuk syarikat telekomunikasi kini sedang aktif bersaing untuk bekerjasama dengan FIFA yang merupakan satu-satunya platform bagi kejohanan-kejohanan e-sukan di peringkat global,” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan turut memaklumkan, pengeluar EA minggu lalu menegaskan mereka juga sedang meneliti untuk memperbaharui perjanjiannya dengan FIFA.

Menurut kenyataan itu, penelitian itu juga dibuat bagi memastikan perjanjian berkenaan berbeza dengan mana-mana pihak yang menjalinkan kerjasama FIFA sebelum ini, khususnya dalam arena bola sepak.

Untuk rekod, kontrak bagi EA bakal tamat tahun depan setelah saingan Piala Dunia Qatar 2022 berakhir.

Difahamkan, dengan situasi yang menyaksikan FIFA mahu meraih hasil daripada perjanjian berkenaan, EA juga mahu mengembangkan lagi jenama FIFA dengan permainan baharu seperti NFT selain sorotan kepada beberapa permainan/sukan sebenar.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!