X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Antivaksin sebar berita palsu tak akan terlepas tindakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas turun padang meninjau kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf di Perumahan Awam Seri Perak pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa golongan antivaksin yang menyebarkan maklumat palsu tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat pelbagai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan terhadap kumpulan tersebut

Bagaimanapun menurutnya, tindakan itu bukan disebabkan mereka antivaksin, sebaliknya kerana perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar.

"Memang dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan untuk ambil tindakan kepada pihak yang menyebarkan berita palsu.

"Jadi bukan kerana antivaksin tetapi kerana berita (palsu) yang mereka sebar kita boleh ambil tindakan," katanya dalam sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, pada Sabtu.

Beliau pada masa turut menyokong dan bersetuju dengan gesaan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap kumpulan berkenaan.

Pada Jumaat, Khairy Jamaluddin, dilaporkan menggesa pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin susulan laporan polis dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap terhadap beberapa kumpulan antivaksin.

Beliau berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang menyebarkan berita palsu mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan.

Khairy Jamaluddin membalas ciapan pakar perubatan keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong, yang mempersoalkan sama ada kumpulan antivaksin di negara ini kebal daripada tindakan pihak berkuasa berikutan masih bebas menyebarkan dakwaan dan berita palsu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!