Faktor tuah main peranan penting

Kapten Argentina, Lionel Messi bersama pemain Peru, Christian Cueva (dua dari kanan) dan Yotun semasa perlawanan di Buenos Aires, FOTO: EPA
Kapten Argentina, Lionel Messi bersama pemain Peru, Christian Cueva (dua dari kanan) dan Yotun semasa perlawanan di Buenos Aires, FOTO: EPA
A
A
A

PENJAGA gol Argentina, Emiliano Martinez menyifatkan pemain yang diberikan tanggungjawab menyempurnakan sepakan penalti merupakan dalam kalangan yang terbaik.

“Biarpun begitu faktor tuah memainkan peranan penting dalam menterjemahkan nasib sesebuah pasukan itu apabila berdepan perlawanan berintensiti tinggi,” kata penjaga gol Aston Villa tersebut selepas aksi kelayakan Piala Dunia menentang Peru.

Pada perlawanan di Estadio Monumental, Buenos Aires itu, tandukan babak pertama Lautaro Martinez memastikan La Albiceleste kekal berada di landasan tepat dalam pemburuan slot automatik ke Qatar tahun depan apabila mengatasi Peru 1-0.

Pelawat berpeluang menyamakan kedudukan selepas pemain gantian Jefferson Farfan dijatuhkan dalam kawasan penalti selepas 19 minit babak kedua bermula.

Namun, Yoshimar Yotun yang diberikan tanggungjawab mengambil sepakan itu kurang bernasib baik apabila sepakannya sekadar menggegarkan palang gol.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Lionel Scaloni mengumpul 25 mata, enam mata di belakang pendahulu Brazil yang menewaskan Uruguay 4-1 dalam satu lagi perlawanan.

Dua pasukan teratas kelayakan zon Amerika Selatan ini layak secara automatik ke Qatar 2022 tahun depan.

Artikel Berkaitan: