Jalan sesak lebih tiga kilometer

Chon Siang (kanan) menerangkan sesuatu mengenai cadangan persimpangan jalan Semambu bagi kurangkan kesesakan kepada wakil Jabatan Kerja Raya.
Chon Siang (kanan) menerangkan sesuatu mengenai cadangan persimpangan jalan Semambu bagi kurangkan kesesakan kepada wakil Jabatan Kerja Raya.
A
A
A

KUANTAN - Sesak dan semak.

Itulah situasi yang dapat digambarkan di Jalan Pintasan Kuantan menghala ke Jalan Semambu - Jalan Beserah di sini,pada setiap hari terutama waktu puncak.

Difahamkan, Jalan Semambu yang menghubungkan kawasan perindustrian di situ sesak pada waktu pagi dan petang pada setiap hari, dengan kesesakan boleh menjangkau sepanjang lebih tiga kilometer (km).

Ia dikatakan berpunca daripada jumlah kenderaan yang tinggi dan keadaan simpang masuk dari dari Jalan Semambu ke Jalan Industri Semambu yang sempit.

Keadaan itu sebenarnya tidak sesuai untuk laluan lori dan treler, namun begitu mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk menggunakan laluan terbabit.

Bagi peniaga, Zulaimi Osman, 49, berkata, sudah 10 tahun masakah itu berlaku disebabkan pertambahan kawasan perumahan dan kilang baharu yang di buka di kawasan Semambu.

Menurutnya, keadaan itu kerana keadaan jalan raya yang tidak banyak berubah meskipun pertambahan bilangan penduduk.

“Jalan di kawasan ini tak banyak berubah,, masih guna jalan lama, jadi kesesakan itu menjadi rutin pengguna jalan raya di sini.

Artikel Berkaitan:

“Boleh dikatakan setiap minggu berlaku kemalangan di jalan raya di kawasan ini dan ada juga membabitkan kematian.

"Jadi saya rasa jalan ini perlu diperbesarkan bagi mengatasi kesesakan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Zulaimi
Zulaimi

Katanya, kesesakan itu serius itu disebabkan pengguna tidak mempunyai pilihan lain untuk masuk atau keluar dari kawasan Semambu kerana itu satu-satunya laluan.

“Kalau ada laluan lain, saya yakin orang lain akan menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan.. tapi bila dah itu satu-satunya jalan ke jalan utama pengguna tiada pilihan,” katanya.

Bagi, Nurul Asikin Zuraimi, 26, memberitahu situasi itu sebenarnya memberi gangguan kepada penduduk setempat.

Katanya, kawasan itu menjadi padat dengan kenderaan yang terpaksa menunggu lama untuk keluar ke jalan utama.

“Dah la sesak, kerap pula berlaku kemalangan sebab banyak kenderaan bergerak laju dan bertembung apabila mereka mahu masuk dan keluar ke Jalan Industri Semambu.

Laluan di Jalan Semambu yang sentiasa mengalami kesesakan.
Laluan di Jalan Semambu yang sentiasa mengalami kesesakan.

“Kadang-kadang nak keluar dari simpang pun saya terpaksa menunggu lebih 15 minit pada waktu puncak...ia amat memenatkan kerana saya terpaksa tunggu lama semata-mata hanya keluar simpang," katanya.

Sementara itu, ADUN Teruntum, Sim Chon Siang berkata, beliau akan berjumpa dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah berkenaan dalam masa terdekat.

“Saya sudah melawat Jalan Semambu bersama dengan wakil Jabatan Kerja Raya dan mendapati kesesakan berpunca daripada simpang keluar serta masuk tidak mencukupi bagi menampung jumlah kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

“Pada pandangan saya, sekurang-kurangnya tiga lagi simpang perlu dibuat bagi menghubungkan kedua-dua jalan berkenaan. Jadi saya akan membawa isu ini kepada pihak yang sepatutnya termasuk ke pihak Menteri Kerja Raya," katanya.