Pantau mak ayah guna Facebook, jangan jadi mangsa kecaman netizen

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

BEBERAPA hari lalu, media melaporkan tentang kisah seorang artis ditangkap di sebuah negeri di utara Malaysia kerana didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Respons netizen terhadap laporan berita itu tidaklah sehangat mana.

Sebelum ini jika media melaporkan berita seumpama itu, kumpulan netizen akan ‘segera bekerja’. Merak Jalanan syak, keadaan itu berlaku kerana ada kaitan dengan pengumuman kerajaan mengenai kebenaran merentas negeri berkuat kuasa 11 Oktober lalu.

Masakan tidak, ada komen yang menyebut: “Netizen yang tak balik kampung, mohon cover kes ni. Kami tidak sempat hendak fikir, sibuk kemas beg dah ni.”

Ada juga komen: “Wah, sudah lama tidak dengar positif dadah, selalunya orang kita disyaki positif Covid-19 sahaja.” Kadang-kadang Merak Jalanan rasa netizen Malaysia amat kreatif dan menghiburkan. Semuanya bermula apabila kita ‘terkurung’ lama akibat pandemik.

Malah, ibu bapa yang rata-rata berusia 60 tahun ke atas juga kini mengenali sosial media apabila anak-anak menghadiahkan telefon pintar agar dapat membuat panggilan video bagi melepaskan rindu.

Ada juga ibu bapa mempunyai akaun sosial media sendiri seperti Facebook yang menjadi medium pilihan kerana pengisiannya lebih pelbagai dan ruangan komen lebih mesra pengguna.

Bagi golongan veteran dan pesara, sudah pasti ia menjadi pilihan utama untuk turut ‘membawang’. Jika mereka naif tentang platform sosial media dan tidak menyedari komen mereka bertentangan daripada pendapat majoriti netizen, mereka juga akan diserang.

Bukan sekadar diserang di ruangan komen, malah terdapat netizen yang bertindak lebih agresif dan membuat serangan di ruangan peribadi golongan veteran ini.

Artikel Berkaitan:

Moral daripada kisah ini, sebagai anak, pantaulah penggunaan sosial ibu bapa. Jika boleh minta ibu bapa jangan komen apa-apa di ruangan terbuka kerana mereka terdedah dengan kecaman netizen.