70 peratus petani berusia lebih 60 tahun

- Foto 123rf (Gambar kecil: Mohamad Zabawi
- Foto 123rf (Gambar kecil: Mohamad Zabawi
A
A
A

SERDANG - Isu kekurangan tenaga buruh merupakan antara cabaran utama yang dihadapi negara dalam membangunkan sektor pertanian negara.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, sekitar 70 peratus daripada petani negara ketika ini merupakan individu yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Katanya, kadar penyertaan golongan belia negara yang menyertai sektor tersebut juga didapati tidak lebih lima peratus daripada jumlah keseluruhan individu di bawah usia berkenaan.

"Jadi, ini bermakna kebanyakan yang terlibat dalam sektor pertanian pun dah sampai usia bersara. Situasi ini akan memberi masalah," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran empat buku baharu badan penyelidikan tersebut di Ibu Pejabat MARDI, di sini, pada Rabu.

Hadir menyempurnakan pelancaran tersebut ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Mengulas lanjut, Mohamad Zabawi berkata, untuk menangani isu tersebut, MARDI telah menjalankan penyelidikan untuk mempertingkatkan penggunaan automasi dan 'Internet of Things' (IoT) dalam pengurusan pertanian.

Mengulas mengenai peranan MARDI untuk memastikan jaminan terhadap keselamatan bekalan makanan negara, beliau berkata, pihaknya memberikan tumpuan untuk menghasilkan varieti baharu dalam penghasilan sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil pertanian lain.

Menurut beliau, langkah tersebut secara langsung berupaya untuk meningkatkan kadar produktiviti pertanian negara.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kita juga mempertingkatkan kajian untuk sektor ternakan negara merangkumi isu baka dan makanan ternakan," ujarnya.