Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis rampas lebih RM1 juta rokok, minuman keras seludup

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Polis menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM1,157,123.05 menerusi tiga serbuan berasingan yang dijalankan antara 26 September dan 6 Oktober di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, empat individu termasuk seorang majikan serta tiga pekerja kedai serbaneka berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun turut ditahan dalam siri serbuan di Jalan Canna, Jalan Tan Sri Datuk Amar Sik Kheng Hong dan Jalan Chan Bee Kiew di sini.

“Hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket ini menjadikan kedai serbaneka sebagai tempat penyimpanan serta penjualan barangan tidak bercukai bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di sini, pada Selasa.

Dalam kes berasingan, seorang warga emas berusia 61 tahun dan rakan sejenayahnya berumur 35 tahun ditahan untuk siasatan berhubung satu kes samun sebuah kedai emas di Kenyalang Park pada 7 Oktober lepas.

“Polis turut merampas beberapa barangan seperti wang tunai berjumlah RM7,742, sebilah pisau, kenderaan jenis Perodua Viva dan tiga unit telefon bimbit. Kedua-duanya mempunyai kes jenayah lampau dan seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Tambah beliau, usaha giat dijalankan bagi mengesan seorang lagi individu berusia 46 tahun yang disyaki terlibat bersama kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan. - Bernama

Artikel Berkaitan: