Mangsa banjir di Betong meningkat kepada 431 orang

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di daerah Betong yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Perpaduan Debak meningkat kepada 431 orang daripada 93 keluarga setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dalam kenyataan, memaklumkan pada jam 4 petang tadi, 183 mangsa daripada 35 keluarga berada di pusat pemindahan tersebut.

Kenyataan itu turut menyatakan selain Kampung Bungey, kawasan lain yang terjejas adalah Kampung BabuDebak, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut di Daerah Kecil Debak.

Kampung berkenaan terjejas berikutan kawasannya rendah dan berada di tepi Sungai Rimbas manakala paras air di sungai berkenaan semakin meningkat susulan hujan lebat malam tadi, menyebabkan sebuah PPS dibuka pada 12 tengah hari tadi. – Bernama

Artikel Berkaitan: