Hapus keraguan Pandora Papers

Dunia digegarkan dengan pendedahan International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) mengenai pemimpin-pemimpin politik dan individu berpengaruh menerusi Pandora Papers.
Dunia digegarkan dengan pendedahan International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) mengenai pemimpin-pemimpin politik dan individu berpengaruh menerusi Pandora Papers.
A
A
A

DUNIA digegarkan dengan pendedahan International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) mengenai pemimpin-pemimpin politik dan individu berpengaruh menerusi Pandora Papers.

ICIJ yang berpangkalan di Washington itu telah bekerjasama dengan lebih 140 organisasi media dan melibatkan seramai 600 wartawan di 117 buah negara.

Dalam fail yang mengandungi 6.4 juta dokumen, tiga juta gambar dan lebih dari satu juta e-mel itu mendedahkan secara terperinci mengenai penglibatan individu terbabit dalam syarikat kewangan luar pesisir.

Syarikat yang terletak di Kepulauan Cayman dan Kepulauan Virgin Britain serta negara-negara seperti Switzerland termasuk Singapura itu dikatakan menjadikan tax havens atau syurga bebas cukai oleh golongan kaya dan berpengaruh terbabit.

Malah terdapat individu-individu di Malaysia juga tersenarai dalam Pandora Papers itu.

Namun tidak menjadi kesalahan dalam undang-undang negara ini dan mana-mana individu boleh membuka akaun bersama bank-bank berlesen termasuk akaun luar pesisir.

Bagaimanapun, banyak pihak merasakan bahawa siasatan menyeluruh perlu dilakukan kerana tidak mahu terdapat unsur penyelewengan melibatkan wang bernilai berbilion ringgit itu.

Malah beberapa negara lain juga sudah memulakan langkah untuk melakukan siasatan yang melibatkan tokoh-tokoh penting.

Sehubungan itu, amat wajar bagi Malaysia mengambil langkah yang sama bagi memastikan segala urusan melibatkan syarikat luar pesisir ini adalah satu urusan perniagaan yang sah dan bebas dari sebarang unsur penyelewengan yang melibatkan dana awam.

Artikel Berkaitan:

Adalah satu kejanggalan jika kerajaan tidak berbuat sesuatu terhadap pendedahan yang dibuat oleh ICIJ.

Adakah kita sudah lupa dengan skandal yang melibatkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad? Skandal tersebut telah memberikan imej buruk kepada negara.

Jika tiada sebarang usaha dilakukan dari sekarang, tidak mustahil Pandora Papers akan terus jadi ‘modal’ besar pihak tertentu untuk tahun-tahun akan datang.