Kerang-kerangan dari Sungai Geting dicemari toksin saraf

Orang ramai dilarang memungut, menjual atau memakan spesies kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala di perairan Sungai Geting, Tumpat kerana dicemari toksin saraf atau saxitoxin. - Foto 123RF
Orang ramai dilarang memungut, menjual atau memakan spesies kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala di perairan Sungai Geting, Tumpat kerana dicemari toksin saraf atau saxitoxin. - Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - Orang ramai dilarang memungut, menjual atau memakan spesies kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala di perairan Sungai Geting, Tumpat kerana dicemari toksin saraf atau saxitoxin daripada alga berbahaya iaitu alexandrium minutum.

Pengarah Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata, larangan itu berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan analisis makmal Biosekuriti Perikanan mendapati kerang-kerangan tersebut telah tercemar dengan bahan toksin itu.

“Akibat daripada memakan kerang-kerangan itu boleh menyebabkan keracunan, berbahaya dan memudaratkan kesihatan.

“Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan di talian 09-7414 770 atau Pejabat Perikanan Daerah Tumpat, 09-7257 995,” katanya.

Saxitoxin adalah neurotoksin yang kuat dan toksin kerang lumpuh yang paling terkenal.

Pengambilan saxitoxin oleh manusia, biasanya dengan pengambilan kerang-kerangan yang tercemar oleh alga toksik, bertanggungjawab atas penyakit yang dikenali sebagai keracunan kerang lumpuh.

Artikel Berkaitan: