'Kegembiraan perlu diiringi sikap berwaspada'

Azmizam
Azmizam
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Meskipun aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula pada Isnin, namun kegembiraan rakyat perlu diiringi dengan sikap berwaspada.

Kes harian positif Covid-19 yang menurun daripada lima angka ke empat angka juga bukan faktor untuk rakyat mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebagaimana sebelum ini.

Peringatan itu dilontarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri yang berharap agar kes positif Covid-19 dapat dikawal dan terus menunjukkan angka penurunan.

Beliau berkata, setiap rakyat di negara ini berhak untuk gembira dan teruja apabila kebenaran rentas negeri diberikan namun setiap individu perlu melaksanakan langkah berjaga-jaga.

"Ini bagi mengelakkan jangkitan harian kembali meningkat dan kita amat bimbang jika keadaan di Klang pada Julai lalu berulang semula di mana ketika itu kita mencatatkan kes harian yang tinggi sehingga 1,000 kes.

"Anak-anak yang lama tidak bersua dengan keluarga sudah pasti akan pulang ke kampung masing-masing termasuk perantau yang mempunyai keluarga di daerah ini, jadi saya sarankan agar patuhi SOP ditetapkan," katanya.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri berkuat kuasa pada Isnin selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin mencapai 90 peratus.

Artikel Berkaitan: