11 lagi positif Covid-19 hadiri kenduri kahwin

Pertambahan 11 lagi jangkitan Covid-19 bagi Kluster Langkap 2, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 39 orang.
Pertambahan 11 lagi jangkitan Covid-19 bagi Kluster Langkap 2, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 39 orang.
A
A
A

KUALA PILAH – Pertambahan 11 lagi jangkitan Covid-19 bagi Kluster Langkap 2, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 39 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, kluster yang dikenalpasti berlaku di Kampung Orang Asli Langkap, Tanjung Ipoh ini dipercayai berpunca daripada menghadiri majlis perkahwinan.

Katanya, saringan kontak rapat seramai 44 orang telah pun dijalankan pada 4 dan 5 Oktober lalu.

“Hasil saringan awal mendapati 28 orang positif dan pada Ahad, tambah lagi 11 lagi kes baharu.

“Kes ini melibatkan tujuh keluarga yang menghadiri majlis perkahwinan pada 26 September lalu di kampung tersebut.

"Individu yang disaring melibatkan ahli keluarga dan tetamu sekampung yang menghadiri majlis perkahwinan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, sehingga kini, tiada sebarang kematian direkodkan berlaku disebabkan kluster ini, dan mereka yang dijangkiti telah dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), serta Hospital Tampin.

Mengulas lanjut, Mohd Faizal menjelaskan, di daerah Kuala Pilah 100 peratus golongan dewasa sudah lengkap divaksinasi, termasuklah penduduk di Kampung Orang Asli Langkap ini.

Artikel Berkaitan:

Pada 7 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan seramai 28 orang disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Orang Asli Langkap, Tanjung Ipoh di sini.