Pekerja akan terima insentif RM500 menerusi program Malaysianization

Awang Hashim
Awang Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Pekerja swasta di negara ini akan menerima insentif tambahan sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan menerusi program yang diperkenalkan kerajaan iaitu Malaysianization.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, sekiranya tawaran gaji sebanyak RM1,500, pekerja akan diberi insentif RM500 menjadikan jumlah gaji kasar sebanyak RM2,000.

“Had kelayakan insentif ini telah ditetapkan kepada pemberian gaji pekerja pada paras minima RM1,500 bagi majikan yang menyertai program ini,” katanya.

Beliau memberitahu, tahun ini kerajaan telah menambah baik insentif Malaysianization melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) dengan mengurangkan had kelayakan insentif daripada paras gaji RM1,500 kepada RM1,200

Menurutnya, ia bertujuan mendorong majikan menyertai program tersebut terutama membabitkan kategori kecil dan sederhana.

“Melalui pengurangan had kelayakan ini, pekerja yang menerima gaji sebanyak RM1,200 turut mendapat manfaat insentif tambahan sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan yang ditawarkan,” katanya.

Sehubungan itu, Awang berharap pernyataan tersebut dapat menjelaskan isu yang timbul lanjut ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Beliau turut menekankan bahawa pernyataan yang diberikan tidak bersangkut paut dengan penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan melalui Perintah Gaji Minimum 2020 yang masih berkuatkuasa.

Artikel Berkaitan: