Sindiran di sebalik ‘kahwin’ dengan periuk nasi

Tular kisah seorang pemuda dari Indonesia yang memilih untuk berkahwin dengan periuk nasi.
Tular kisah seorang pemuda dari Indonesia yang memilih untuk berkahwin dengan periuk nasi.
A
A
A

BEBERAPA hari lalu, tular kisah seorang pemuda dari Indonesia yang memilih untuk berkahwin dengan periuk nasi. Memang melucukan kerana dalam banyak benda, periuk nasi juga menjadi pilihan hati. Katanya, mahu berkahwin dengan pasangan yang putih, pendiam dan pandai memasak.

Namun selepas empat hari ‘berkahwin’, pemuda tersebut yang dikenali dengan nama Khoirul Anam bertindak menceraikan ‘isterinya’ itu kerana didakwa hanya pandai memasak nasi sahaja.

Cerita ini walaupun ringan tetapi tetap menjadi buah mulut warga maya kerana rupa-rupanya ada sindiran di sebalik cerita ‘perkahwinan’ tersebut.

Difahamkan mengikut laporan media dari Indonesia, gimik perkahwinan itu adalah sebagai sindiran terhadap kaum perempuan yang hanya tahu memasak nasi sahaja.

Kaum wanita jangan marah-marah dulu ya. Kita ambil dari sudut positif. Jadikan ia sebagai pesanan supaya sebelum hendak berkahwin, walaupun mempunyai ciri-ciri idaman lelaki seperti cantik, putih, pendiam tetapi kena juga pandai memasak.

Jangan cukup sekadar cantik di mata, tetapi perut si suami berbunyi-bunyi kelaparan.

Teringat Merak Jalanan pesanan orang tua dulu-dulu, jika nak suami sayang, pastikan perutnya berisi dan sentiasa kenyang, barulah rumah tangga bahagia. Lagipun, makanan hasil air tangan isteri juga adalah pengikat kasih sayang. Jadi tak rugi jika wanita tahu memasak lebih daripada satu resipi.

Oleh itu, untuk kaum wanita, tidak salah untuk belajar memasak sebelum berkahwin. Boleh juga tambah skil untuk menambat hati suami.

Artikel Berkaitan:

Manalah seronok setiap hari makan di kedai. Sesekali teringin juga nak rasa air tangan isteri tercinta.

Suami pula bila isteri masak, jangan pandai komplen saja, hargai penat lelah isteri yang tetap memasak biarpun sibuk dengan kerja hakiki.