'Dapatkan gambaran sebenar daripada pihak berkuasa'

Tangkap layar pengguna di laman Twitter yang menggunakan nama Saladin
Tangkap layar pengguna di laman Twitter yang menggunakan nama Saladin
A
A
A

SHAH ALAM - Aktiviti pembersihan kawasan hutan di sebuah bukit yang didakwa berlaku di Serendah perlu dirujuk kepada pihak Pejabat Tanah dan Daerah bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara itu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata, pengadu juga perlu tampil dengan menggunakan saluran yang betul.

Menurutnya, adalah tidak wajar melemparkan sebarang dakwaan terhadap mana mana pihak tanpa mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.

"Kawasan tanah di Selangor ini adalah luas dan semua perkara berkaitan perlu dirujuk kepada Pejabat Tanah dan Daerah untuk mendapatkan maklumat yang sebenar.

"Jika tidak ia hanya sekadar satu cerita sahaja dan jika mana-mana pihak yang mahu mendapatkan gambaran sebenar mereka juga perlu tampil ke hadapan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu hantaran seorang pengguna di laman Twitter yang mendakwa kerja-kerja pembersihan kawasan hutan di sebuah bukit di Serendah dilakukan kerana sikap tamak pihak tertentu dalam mengejar keuntungan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang turut kesal dengan sikap sesetengah pihak menggunakan nama samaran di media sosial untuk mengetengahkan sebarang isu.

Tambahnya, tindakan memburuk-burukkan pihak tertentu di media sosial dilihat tidak wajar sebaliknya aduan perlu dibuat secara rasmi agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: