SPRM cari dua warga Myanmar bantu siasatan kes rasuah

Abu Talab Nur Muhammad dan Noor Bashar Hairul
Abu Talab Nur Muhammad dan Noor Bashar Hairul
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki warga Myanmar untuk membantu siasatan dalam kes rasuah membabitkan warga asing.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua lelaki tersebut merupakan pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian (UNHCR).

"Individu pertama, Noor Bashar Hairul, 26, pemegang kad UNHCR bernombor 354 -13C00811. Alamat terakhir di No 51, Persiaran Murni 4, Taman Indah, 31150 Ulu Kinta, Perak.

"Sementara itu, turut dikesan ialah Abu Talab Nur Muhammad, 25, yang memegang kad UNHCR bernombor 354 -15C07305. Individu tersebut juga mempunyai alamat terakhir yang sama," menurut kenyataan tersebut pada Rabu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa Gray Lee Yadon di talian 019-8408395 dan 05-5267000 atau menerusi emel ke graylee@sprm.gov.my.

Artikel Berkaitan: