Telegram cipta rekod terima 70 juta pengguna sehari

Aplikasi penghantaran mesej, perkongsian maklumat, berita dan satu bentuk komunikasi peribadi, Telegram popular di negara-negara bekas Kesatuan Soviet. - Foto AFP
Aplikasi penghantaran mesej, perkongsian maklumat, berita dan satu bentuk komunikasi peribadi, Telegram popular di negara-negara bekas Kesatuan Soviet. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Pengasas aplikasi pengantaran mesej Telegram, Pavel Durov berkata pada Selasa bahawa aplikasi itu mencipta rekod apabila menerima 70 juta pengguna sehari selepas Facebook berhadapan dengan masalah gangguan perkhidmatan.

Pada Isnin lalu, lebih dua bilion pengguna Facebook tidak dapat menggunakan laman sosial itu termasuk Instagram dan WhatsApp selama kira-kira tujuh jam.

Ketika ini, Telegram popular di Iran dan negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang kini dikenali sebagai Rusia.

Ia juga digunakan sebagai satu bentuk komunikasi peribadi dan perkongsian maklumat serta berita.

Menurut Pavel, 36, menerusi saluran Telegram itu, pihaknya mengalu-alukan 70 juta pengguna aplikasi itu yang datang daripada platform sosial lain.

Beliau juga memberitahu bahawa angka tersebut merupakan satu rekod buat aplikasi penghantaran mesej terbesar dunia itu.

Menurut firma SensorTower, kedudukan Telegram meningkat dari tempat ke-56 ke tempat kelima dari segi muat turun aplikasi secara percuma di Amerika Syarikat (AS).

Ia ditubuhkan oleh adik-beradik iaitu Pavel dan Nikolai Durov yang juga membangunkan

Artikel Berkaitan:

rangkaian media sosial Rusia, VKontakte.

Telegram dilaporkan enggan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menyerahkan kunci enkripsi menyebabkan ia diharamkan di beberapa buah negara termasuk Rusia. - Agensi