Warga emas kempunan cipta rekod panjat gunung ke-13

Carlos Soria dihantar ke hospital selepas cedera kaki patah di Nepal semasa menjalankan misi pendakian di Gunung Dhaulagiri. - Foto AFP
Carlos Soria dihantar ke hospital selepas cedera kaki patah di Nepal semasa menjalankan misi pendakian di Gunung Dhaulagiri. - Foto AFP
A
A
A

KATHMANDU - Seorang warga emas Sepanyol terpaksa melupakan hasrat mendaki gunung ke-13 tertinggi di dunia selepas kakinya patah dalam insiden di Himalaya.

Carlos Soria Fontan, 84, dari Sepanyol menyasarkan menjadi individu tertua melengkapkan pendakian kesemua 14 gunung di dunia yang melebihi 8,000 meter dan setakat ini berjaya mendaki 12 gunung tersebut.

Kesemua 13 gunung ini termasuk Dhaulagiri di Nepal yang setinggi 8,167 meter apabila dia didapati gagal dalam percubaan terbaharu untuk tiba di puncak yang hanya tinggal 700 meter.

"Dia mengalami kecederaan di kaki selepas kemalangan di lokasi melebihi 7,500 meter," kata penganjur ekspedisi Seven Summit Treks, Thaneshwor Guragain.

"Dia telah dibawa turun ke Kem 2 pada semalam (Rabu) dan kemudian diterbangkan ke Kathamandu hari ini," katanya.

Satu siaran di Facebook pada Rabu menyatakan seorang jurupandu Nepal dari pasukannya terjatuh dan menyebabkan patah kaki.

Satu lagi mesej pada Khamis mengesahkan bahawa Fontan dibawa balik ke Nepal untuk mendapat rawatan.

Lapan daripada sepuluh gunung tertinggi di dunia terletak di Nepal dan kerajaan mengalu-alukan ratuskan pendaki ke negara itu ketika musim bunga apabila suhu dikatakan menjadi panas dan kurang berangin.

Setakat ini, pihak berkuasa Nepal mengeluarkan lebih 1,000 permit pendakian musim ini termasuk gunung Dhaulagiri. - AFP