88.4 peratus penduduk dewasa di Malaysia lengkap vaksinasi

Seramai 20,698,852 atau 88.4 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan dos vaksin.
Seramai 20,698,852 atau 88.4 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan dos vaksin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 20,698,852 atau 88.4 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan dos vaksin.

Menerusi data yang dikemas kini di laman sesawang CovidNow setakat jam 11.59 Selasa, sejumlah 1,418,743 atau 94.5 peratus individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mereka yang tidak divaksinasi pula ialah seramai 1,292,005 orang.

Berdasarkan kemajuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mengikut negeri, empat negeri dan wilayah merekodkan peratusan melebihi 90 peratus iaitu Labuan (98.9), Negeri Sembilan (98.3), Perlis (92.7) serta Lembah Klang (111.8).

Lima negeri mencatatkan peratusan melebihi 80 peratus ialah Sarawak (89.6), Melaka (88.5), Pulau Pinang (86.5), Terengganu (86.0) dan Johor (84.6).

Pahang pula merekodkan 78.4 peratus, selain Kedah (77.5), Perak (76.6), dan Kelantan (72.4), manakala Sabah kekal negeri terendah kadar vaksinasi iaitu 62.7 peratus.

Unjuran menunjukkan negara akan mencapai 100 peratus populasi dewasa lengkap menerima vaksinasi ialah pada 26 Oktober ini.

Sementara itu, bagi Program PICK-Remaja, sebanyak 3.8 peratus sudah lengkap dos suntikan vaksin, manakala 62.5 peratus lagi menerima satu suntikan.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 224,034 dos diberikan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin sejak PICK dilancarkan pada Februari lalu ialah 44,797,925 dos.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!