Polis minta mangsa dakwaan gangguan seksual pendakwah terkenal tampil

KUALA LUMPUR - Saksi atau mangsa diminta tampil segera bagi membantu polis dalam kes dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama berkenaan bagi membantu siasatan.
"Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan.
"Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.