Pandora Papers pula bongkar rahsia

Dokumen terbaharu itu membongkar pemilikan empayar hartanah beberapa ahli politik berprofil tinggi. - Foto Agensi
Dokumen terbaharu itu membongkar pemilikan empayar hartanah beberapa ahli politik berprofil tinggi. - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - [DIKEMASKINI] Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) sekali lagi membuat pendedahan menggemparkan tentang aktiviti kewangan luar pesisir untuk menyembunyikan aset bernilai jutaan dolar.

Penerbitan hasil siasatan itu dibuat menerusi Pandora Papers melibatkan kira-kira 600 wartawan daripada pelbagai media termasuk The Washington Post, BBC dan The Guardian berdasarkan kebocoran kira-kira 11.9 juta dokumen daripada 12 firma perkhidmatan kewangan di seluruh dunia.

Dokumen terbaharu itu turut membongkar 'aktiviti rahsia' kira-kira 35 pemimpin dan bekas ketua negara yang didakwa terlibat kegiatan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai global.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandora Papers dedah dua ahli politik Malaysia miliki akaun luar pesisir

Di kebanyakan negara, memiliki aset luar pesisir atau terlibat urus niaga rentas sempadan adalah perkara yang tidak menyalahi undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar gesa segera bahas pendedahan Pandora Papers

Bagaimanapun, pendedahan itu sedikit sebanyak turut mencalar imej sesetengah pemimpin yang dianggap 'hipokrit' kerana giat melancarkan kempen mengutuk amalan rasuah dan pengelakan cukai serta yang mencadangkan langkah penjimatan di negara masing-masing.

Antara maklumat didedahkan adalah mengenai pemerintah Jordan, Raja Abdullah II yang didakwa mewujudkan rangkaian syarikat luar pesisir untuk mengumpulkan empayar hartanah bernilai lebih AS$100 juta (RM417 juta) di Malibu, California, Washington dan London.

Artikel Berkaitan:

BBC memetik kenyataan peguam Raja Abdullah II melaporkan kesemua aset itu diperoleh melalui hasil kekayaan peribadi dan ia adalah amalan biasa bagi individi berprofil tinggi untuk membeli hartanah melalui syarikat luar pesisir atas faktor keselamatan serta privasi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya sedia disiasat'

Pandora Papers itu turut mendakwa keluarga dan sekutu Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev terlibat dalam perjanjian hartanah rahsia di United Kingdom (UK) bernilai ratusan juta dolar dan mendakwa Rusia memiliki aset rahsia di Monaco.

Dokumen tersebut juga membongkar Perdana Menteri Republik Czech, Andrej Babis yang didakwa gagal untuk mengisytiharkan syarikat pelaburan luar pesisir yang digunakan untuk membeli sebuah istana bernilai AS$22 juta (RM92 juta) di selatan Perancis dan aktiviti menteri kabinet Pakistan bersama keluarga mereka yang memiliki firma dan syarikat amanah yang memegang jutaan dolar.

"Saya tidak pernah melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang," ujar Babis menerusi Twitter yang menyifatkan pendedahan itu sebagai rancangan untuk memburukkan reputasinya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya yang berlangsung pada minggu ini.

Selain ahli politik, beberapa selebriti yang dikaitkan dengan aktiviti itu termasuk penyanyi terkenal, Shakira dan supermodel Jerman, Claudia Schiffer serta legenda kriket India, Sachin Tendulkar yang menafikan dakwaan mengelak cukai serta memaklumkan pelaburan dilakukan mereka adalah sah di sisi undang-undang. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Zafrul rujuk peguam

INFO

-Secara keseluruhan, ICIJ menemui kaitan antara hampir 1,000 syarikat luar pesisir dan 336 ahli politik berprofil tinggi dan pegawai awam temasuk lebih 12 ketua negara, menteri kabinet, duta dan selebriti.

-Lebih dua pertiga syarikat itu ditubuhkan di Kepulauan British Virgin.

-Pandora Papers adalah siri kebocoran dokumen kewangan terbaharu yang dibongkar ICIJ selepas LuxLeaks pada 2014 dan Panama Papers pada 2016 yang turut menyaksikan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri Iceland, Sigmundur Davíð Gunnlaugsson dan membuka jalan untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.

-Pendedahan sama dibuat menerusi Paradise Papers pada 2017 dan FinCen Files pada 2020.

Dokumen di sebalik siasatan terbaharu itu diperoleh daripada syarikat perkhidmatan kewangan di Panama, Belize, Cyprus, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Singapura dan Switzerland.