'Saya sedia disiasat'

 Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaannya untuk disiasat berhubung isu pemilikan akaun simpanan di British Virgin Island.

Ahmad Zahid berkata, perkara yang dibangkitkan oleh pemilikan akaun adalah ketika beliau berada dalam sektor korporat.

Beliau menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang secara sinis bertanya sama ada Presiden UMNO itu bercadang membawa balik wang yang didakwa disimpan di sebuah bank di British Virgin Island untuk membantu memulihkan ekonomi negara.

Rayer bertanyakan mengenai perkara itu berdasarkan laporan akhbar, Pandora Papers Leaks.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat, sila siasat bahawa apa yang dikatakan oleh Jelutong itu adalah ketika saya berada dalam sektor korporat.

Apabila saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada sebuah syarikat tersenarai, ketika itu syarikat yang saya ketuai mempunyai pelaburan di sebuah negara besar dan mempunyai konsesi daripada negara itu untuk melaksanakan IPP ketika itu.

“Keuntungannya tidak dapat dibawa keluar sebaliknya diminta untuk dilaburkan semula di negara berkenaan.

Tentunya sebagai syarikat yang tersenarai mahu supaya dividen dapat diberikan kepada pemegang saham.

Artikel Berkaitan:

“Kini, syarikat yang telah didaftarkan atas nama syarikat yang tersenarai itu telah tidak ada lagi,” kata Ahmad Zahid ketika di Dewan Rakyat pada Isnin.

Selepas memberi penjelasan berkenaan, Zahid secara sinis 'membalas' kepada Rayer.

“Jadi jangan sangka saya jenis macam Jelutong yang mahu melarikan diri daripada cukai,” katanya.

Rayer dilihat kurang berpuas hati dan bertindak mahu sekali lagi mencelah, namun tidak mendapat kebenaran Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid bagaimanapun sempat menempelak Rayer sebelum meneruskan perbahasan.

“Itu kita boleh sembang di kantin nanti. Belum masuk korporat mungkin dia tak tahu, bidang guaman saja dia tahu. Tentang bidang korporat, penstrukturan dan cukai semua boleh belajar daripada saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandora Papers dedah dua ahli politik Malaysia miliki akaun luar pesisir

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar gesa segera bahas pendedahan Pandora Papers

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Zafrul rujuk peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Pandora Papers pula bongkar rahsia