Kekalahan jadi pengajaran berguna

Skuad remaja negara bergambar dalam perlawanan Siri Jelajah United Kingdom. - Foto Facebook MHC
Skuad remaja negara bergambar dalam perlawanan Siri Jelajah United Kingdom. - Foto Facebook MHC
A
A
A

SKUAD hoki remaja lelaki negara mendapat pengajaran berguna selepas tewas 0-2 kepada Repton H.C dalam aksi sulung Siri Jelajah United Kingdom 2021 pada Ahad.

Pengendali negara, Wallace Tan berkata, aksi menentang Repton itu juga boleh dianggap sebagai medan terbaik buat anak-anak buahnya memperbaiki kelemahan selepas mereka mengharungi aksi antarabangsa pertama selepas dua tahun.

"Perlawanan pertama ini merupakan satu pembelajaran yang baik untuk pasukan kerana ini juga merupakan perlawanan antarabangsa pertama dalam tempoh dua tahun ini.

"Banyak perkara yang masih lagi boleh diperbaiki dan banyak yang kami belajar daripada perlawanan hari ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam aksi di Repton Hockey Club itu, skuad negara berjaya bertahan dengan baik pada awal perlawanan, namun kesilapan menghadiahkan pukulan sudut penalti kepada lawan menyaksikan Repton berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-27.

Empat minit selepas suku ketiga bersambung, Repton menambah satu lagi gol - kali ini hasil gerakan padang dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan akan turun menentang pasukan Bawah 21 tahun (B-2) England di Bisham Abbey bagi perlawanan kedua yang akan berlangsung pada Rabu ini.

Dalam pada itu, skuad senior lelaki negara - The Speedy Tiger pula kini berada di Belfast, Ireland untuk aksi persahabatan menentang Ireland pada awal pagi Rabu.

Artikel Berkaitan:

Pengurus Speedy Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, pasukan negara sedang menjalani latihan dan mengharapkan keputusan positif dalam aksi tersebut.

"Esok kami mempunyai sesi latihan terakhir sebelum perlawanan. Pemain-pemain mempunyai peluang untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan padang dan persekitaran.

"Persiapan terakhir ini akan diambil sebaik mungkin oleh jurulatih, A Arulselvaraj untuk mempersiapkan pemain untuk hadapi Ireland. Saya pasti semua pemian dalam sudah bersedia jika dipilih untuk diturunkan ketika menentang Ireland," ujarnya.