376 pelajar cemerlang Padang Terap terima sumbangan

Mahdzir (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar pada majlis simbolik di Kampung Padang Kerasak, Kuala Nerang pada Ahad.
Mahdzir (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar pada majlis simbolik di Kampung Padang Kerasak, Kuala Nerang pada Ahad.
A
A
A

KUALA NERANG - Seramai 376 pelajar cemerlang dari daerah Padang Terap yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) menerima sumbangan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Ahad.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, anak-anak di daerah itu juga telah membuktikan kemampuan dalam pendidikan apabila ada yang memegang pelbagai jawatan dalam sektor awam dan swasta.

"Sejak 16 tahun program sumbangan ini dilaksanakan, saya mendapati sudah ramai anak-anak warga Padang Terap yang melanjutkan pengajian ke IPT dan berjaya dalam pelbagai bidang pekerjaan dalam syarikat swasta dan perkhidmatan awam," katanya pada majlis simbolik penyerahan sumbangan berkenaan di Kampung Padang Kerasak di sini pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim.

Mahdzir berkata, kejayaan yang diraih juga dapat mengubah taraf hidup ibu bapa dan keluarga pelajar terbabit.

"Itulah sebenarnya matlamat kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan tinggi untuk rakyat supaya apabila taraf pendidikan rakyat meningkat, sekali gus akan meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Menerusi pendidikan sahajalah akan mengubah nasib seseorang," ujarnya.

Artikel Berkaitan: